Bencana Penyakit Tiada muraqabatullah d kalangan Para 'amlin
oleh Dr. Sayyid Mohd Noh
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Aku sangat mengenali sekumpulan umatku datang pada hari Qiyamat dengan
ganjaran amalan kebajikan seumpama banjaran pergunungan putih tahamah,
tiba-tiba Allah mengubahnya menjadi debu-debu yang beterbangan. Mereka
sebenarnya adalah saudara-saudara kamu dan dari manusia sekulit kamu.
Mereka
berjaga malam (kerana ibadah atau jihad) seperti kamu juga , tetapi
mereka
itu apabila menyendiri dengan perkara-perkara haram, mereka terjerumus
melakukannya." (Riwayat ibnu Majah)
Pendahuluan
Mereka yang melibatkan dii di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah
SWT
dan mendaulatkan Islam serta telah memberi banyak sumbangan dan
pengorbanan
kepada amal Islami, tidak sepatutnya mensia-siakan kerja amal mereka
dengan
tidak mendapat nilaian sedikitpun oleh Allah SWT. Antara penyakit besar
yang
sering menimpa mereka yang terlibat dlm kerja Islam secara berjamaah
ialah ,
ketidakseimbangan penampilan mereka di dlm berjamaah dan ketika
menyendiri.
Mereka boleh memberi sumbangan yang cukup bernilai ketika mereka
berjamaah
tetapi terlalu lemah berhadapan dengan nafsu sendiri ketika menyendiri.
Ketidakseimbangan ini adalah jelmaan kepada satu penyakit hati yang
sangat
parah dan bahaya sudahnya, iaitu tidak mengendahkan kepada pemerhatian
Allah
terhadap amalan hambaNya (Muraqabatullah)
Langkah ke arah Muraqabatullah
1. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah Azza Wajalla Maha Mengetahui
segala yang berlaku, samada terang-terangan ataupun tersembunyi. Firman
Allah SWT bermaksud :
"Dan Dialah Allah (Tuhan) dilangit dan dibumi. Dia Maha Mengetahui
(kerja
perbuatan kamu) yang tersembunyi dan nyata dan Dia Maha Mengetahui apa
yang
kamu usahakan." (Al-An'am : 3)
2. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah Ta'ala pasti akan mengambil
kira
setiap apa yang berlaku, dan Dia membongkarkannya pada hari kiamat
kelak,
dan Dia akan membuat pembalasan; jika baik dibalas baik dan jika buruk
dibalas buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud ;
"Dan diletakkan kitab, lalu kamu melihat orang yang bersalah ketakutan
dengan apa yang tercatat di dalamnya dan mereka berkata : Aduhai
celakalah
kami! Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan perkara yang kecil dan
besar
melainkan ia mencatat semuanya, dan mereka dapati apa yang mereka
kerjakan
ada (tercatat) dan Tuhanmu tidak menganiayakan seorang pun. "
(Al-Kahfi : 49)
Pengajaran Hadith
1. Sentiasa muraqabatullah (melihat kepada pemerhatian Allah) di setiap
ketika dan keadaan kerana ia adalah pengawal daripada terjerumus di
dalam
kederhakaan kepada Allah SWT dan pembantu untuk komited dan berpegang
teguh
di atas landasan yang betul.
2. Hadith ini membawa cerita benar yang menggambarkan satu episod
daripada
kisah di hari kiamat kelak. Membawa atau menyampaikan cerita adalah
satu
cara atau teknik yang berjaya dalam menyampaikan dakwah.
3. Sentiasa hidup dan bekerja secara berjamaah dan tidak banyak
menyendiri.
Dengan berjamaah , seorang muslim akan bersemangat untuk sentiasa
memberi
sumbangan, sebaliknya menyendiri menyebabkan kelesuan dan mudah
diperdaya
syaitan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Jauhilah perpecahan dan sentiasalah berjamaah, lantaran syaitan itu
bersama
seorang dan akan semakin jauh bersama dua orang"
4. Kemestian memelihara amalan baik yang telah dilakukan dengan
menjauhi
kerja maksiat dan derhaka. Jika tidak, jadilah dia seperti orang bodoh
yang
mempunyai harta yang banyak lalu dibelanjakan pada tempat yang tidak
berfaedah. Satu cara berfikir yang dapat membantunya adalah dengan cara
dia
memahami bahawa jika dia berterusan di atas ketaatan , nescaya Allah
menambahkan petunjuk kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan mereka yang sentiasa berada di atas petunjuk , Dia (Allah
menambahkan
petunjukNya dan Allah mengurniakan kepadanya petunjukNya. "
(Muhammad :17)
Penutup
Sebaik mana seseorang insan, dia tetap lebih mudah diperdaya oleh
syaitan
dan nafsu apabila bersendirian. Sewaktu bersama-sama jamaah, akan ada
sahaja
sahabat yang cepat-cepat mengingatkan apabila ada di antara kita yang
hampir
tergelincir. Kita juga akan sentiasa mendapat perangsang/motivasi
apabila
melihat sahabat-sahabat mengerah keringat untuk jamaah. Kuncinya adalah
'muraqabatullah'. Tidak bermakna apabila bersendirian kita tidak
mempunyai
kunci tersebut tetapi berapa ramaikah di antara kita yang telah
mencapai
tahap sebegitu. Oleh yang demikian , lebih baik kita mengambil jalan
selamat
dengan sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat yang boleh mengingatkan
kita
jika kita terlalai atau terlupa yang Allah SWT sentiasa melihat apa
yang
hambaNya lakukan.....
BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN ISLAM....
p/s : saling tegur menegurlah kita ke arah kebaikan , InsyaAllah...di
samping itu rajin2lah juga kita semua mengerjakan solat secara
berjemaah ,
InsyaAllah di masjid , surau dll lagi.....amin
Posted at 07:27 pm by mustakim