WELCOME TO MUSEIEYZA




Monday, April 04, 2005
bunga saffron




Posted at 05:59 pm by mustakim
Jom Ler Komen  

Monday, March 28, 2005
BUNGA SERIBU KHASIAT

TENTANG SAFFRON

Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linneaus' telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi : 'Za'afaran', Jepun : 'Safuran', Hindi : 'Kesar', China : 'Fan Hong Hua', Tamil : 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu 'Koma-Koma'.

Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.

 

Sebagai tanaman terapi, saffron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin ), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi. Struktur asas saintifik saffron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.

 

Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia ( kekurangan zat besi ), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan ( fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).

 

Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

 

Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.

 

Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

 

Bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron didalam pemakanan seharian, seeloknyaa diminum pada waktu pagi dan malam. Masukkan tiga helai / urat saffron ke dalam secawan atau segelas air panas dan nikmati kesegaran serta aromanya. Amalkan setiap hari sebagai minuman rutin. Dengan pengambilan tetap minuman ini pada setiap hari dalam jangka masa tertentu akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan terhadap pelbagai penyakit. InsyaAllah.


Selamat mencuba

 

 


Posted at 12:43 pm by mustakim
Comments (6)  

Thursday, March 17, 2005
Bencana Penyakit Tiada muraqabatullah d kalangan Para 'amlin

oleh Dr. Sayyid Mohd Noh Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : "Aku sangat mengenali sekumpulan umatku datang pada hari Qiyamat dengan ganjaran amalan kebajikan seumpama banjaran pergunungan putih tahamah, tiba-tiba Allah mengubahnya menjadi debu-debu yang beterbangan. Mereka sebenarnya adalah saudara-saudara kamu dan dari manusia sekulit kamu. Mereka berjaga malam (kerana ibadah atau jihad) seperti kamu juga , tetapi mereka itu apabila menyendiri dengan perkara-perkara haram, mereka terjerumus melakukannya." (Riwayat ibnu Majah) Pendahuluan Mereka yang melibatkan dii di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT dan mendaulatkan Islam serta telah memberi banyak sumbangan dan pengorbanan kepada amal Islami, tidak sepatutnya mensia-siakan kerja amal mereka dengan tidak mendapat nilaian sedikitpun oleh Allah SWT. Antara penyakit besar yang sering menimpa mereka yang terlibat dlm kerja Islam secara berjamaah ialah , ketidakseimbangan penampilan mereka di dlm berjamaah dan ketika menyendiri. Mereka boleh memberi sumbangan yang cukup bernilai ketika mereka berjamaah tetapi terlalu lemah berhadapan dengan nafsu sendiri ketika menyendiri. Ketidakseimbangan ini adalah jelmaan kepada satu penyakit hati yang sangat parah dan bahaya sudahnya, iaitu tidak mengendahkan kepada pemerhatian Allah terhadap amalan hambaNya (Muraqabatullah) Langkah ke arah Muraqabatullah 1. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah Azza Wajalla Maha Mengetahui segala yang berlaku, samada terang-terangan ataupun tersembunyi. Firman Allah SWT bermaksud : "Dan Dialah Allah (Tuhan) dilangit dan dibumi. Dia Maha Mengetahui (kerja perbuatan kamu) yang tersembunyi dan nyata dan Dia Maha Mengetahui apa yang kamu usahakan." (Al-An'am : 3) 2. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah Ta'ala pasti akan mengambil kira setiap apa yang berlaku, dan Dia membongkarkannya pada hari kiamat kelak, dan Dia akan membuat pembalasan; jika baik dibalas baik dan jika buruk dibalas buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud ; "Dan diletakkan kitab, lalu kamu melihat orang yang bersalah ketakutan dengan apa yang tercatat di dalamnya dan mereka berkata : Aduhai celakalah kami! Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan perkara yang kecil dan besar melainkan ia mencatat semuanya, dan mereka dapati apa yang mereka kerjakan ada (tercatat) dan Tuhanmu tidak menganiayakan seorang pun. " (Al-Kahfi : 49) Pengajaran Hadith 1. Sentiasa muraqabatullah (melihat kepada pemerhatian Allah) di setiap ketika dan keadaan kerana ia adalah pengawal daripada terjerumus di dalam kederhakaan kepada Allah SWT dan pembantu untuk komited dan berpegang teguh di atas landasan yang betul. 2. Hadith ini membawa cerita benar yang menggambarkan satu episod daripada kisah di hari kiamat kelak. Membawa atau menyampaikan cerita adalah satu cara atau teknik yang berjaya dalam menyampaikan dakwah. 3. Sentiasa hidup dan bekerja secara berjamaah dan tidak banyak menyendiri. Dengan berjamaah , seorang muslim akan bersemangat untuk sentiasa memberi sumbangan, sebaliknya menyendiri menyebabkan kelesuan dan mudah diperdaya syaitan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Jauhilah perpecahan dan sentiasalah berjamaah, lantaran syaitan itu bersama seorang dan akan semakin jauh bersama dua orang" 4. Kemestian memelihara amalan baik yang telah dilakukan dengan menjauhi kerja maksiat dan derhaka. Jika tidak, jadilah dia seperti orang bodoh yang mempunyai harta yang banyak lalu dibelanjakan pada tempat yang tidak berfaedah. Satu cara berfikir yang dapat membantunya adalah dengan cara dia memahami bahawa jika dia berterusan di atas ketaatan , nescaya Allah menambahkan petunjuk kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan mereka yang sentiasa berada di atas petunjuk , Dia (Allah menambahkan petunjukNya dan Allah mengurniakan kepadanya petunjukNya. " (Muhammad :17) Penutup Sebaik mana seseorang insan, dia tetap lebih mudah diperdaya oleh syaitan dan nafsu apabila bersendirian. Sewaktu bersama-sama jamaah, akan ada sahaja sahabat yang cepat-cepat mengingatkan apabila ada di antara kita yang hampir tergelincir. Kita juga akan sentiasa mendapat perangsang/motivasi apabila melihat sahabat-sahabat mengerah keringat untuk jamaah. Kuncinya adalah 'muraqabatullah'. Tidak bermakna apabila bersendirian kita tidak mempunyai kunci tersebut tetapi berapa ramaikah di antara kita yang telah mencapai tahap sebegitu. Oleh yang demikian , lebih baik kita mengambil jalan selamat dengan sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat yang boleh mengingatkan kita jika kita terlalai atau terlupa yang Allah SWT sentiasa melihat apa yang hambaNya lakukan..... BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN ISLAM.... p/s : saling tegur menegurlah kita ke arah kebaikan , InsyaAllah...di samping itu rajin2lah juga kita semua mengerjakan solat secara berjemaah , InsyaAllah di masjid , surau dll lagi.....amin

Posted at 07:27 pm by mustakim
Jom Ler Komen  

kisah monyet ngan pak kura...

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura.. Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura.. Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu.. Kura2 : Nanti aku fikir sekejap.. Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.) Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet?? Monyet : Betul!! Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab. Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni.. Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan?? Monyet : Ada berapa talian hayat? Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali. Monyet : Durian.. Kura2 : Salah.. Monyet : Rambutan Kura2 : Salah jugak Monyet : Buah tangan Kura2 : Pun salah Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya? Kura2 : Buah epal Monyet : Kenapa buah epal?? Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!! Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi.

Posted at 07:25 pm by mustakim
Jom Ler Komen  

MALAIKAT DAN SAYTUNK

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih... Manusia - Nak makan, laparlah Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am... Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah Syaitan - Baru pukul berapa.... Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh...best tu.... Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.... Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah... Manusia - Aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun.. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat).. Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu... Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu... p/s : Sama2lah kita CUBE amal...biar sikit tapi konsisten.

Posted at 07:24 pm by mustakim
Jom Ler Komen  

JERUK PELAM

Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru.Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru. Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi. Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau". Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ..wah...wah...wah...

Posted at 07:23 pm by mustakim
Jom Ler Komen  

Wednesday, March 09, 2005
ORANG KATABUKAN SAYA KATA

ORANG KATA..
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..

orang muda hidup memang baru bermula,

tapi belum tentu masih panjang lagi,

entah esok lusa Izrail datang menjemput.

SAYA RASA..

betul jugak tu..

ORANG KATA..
exams tu susah, kena banyak sacrifice,

constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..

exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,

dah ada syllabus untuk diikut,

kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,

byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir,

Neraca Mizan, tayangan slide..

SAYA RASA..

betul jugak tu..

ORANG KATA..
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,

berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA..

setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian,

setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

SAYA RASA..

betul jugak tu..

ORANG KATA..
successful people have a good time management,

ada bisnes di kl, new york, tokyo..

masih sempat berkempen utk pilihanraya,

masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,

masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA..

setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,tapi..

ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?

ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari?

ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,

sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

SAYA RASA..

betul jugak tu..

ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar,

kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!

ATUK KATA..

ye ke hati dah puas??

dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?

dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?

dah cukup zikir untuk santapan rohani?

dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

SAYA RASA..

HUWAA...HUWAAA....!!!!!!!!!


Posted at 11:40 am by mustakim
Jom Ler Komen  

Tuesday, March 08, 2005
MUSEIEYZA


Posted at 04:37 pm by mustakim
Jom Ler Komen  

FADHILAT SURAT AL-IKHLAS

Fadhilat surah al-ikhlas

 

  1. Mengenai siapa yang membaca surah Al-ikhlas ini, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

 

“ barang siapa yang membaca surah Al-ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-quran”

( Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai ).

 

“ barang siapa yang membaca surah Al-ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”.

( Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy )

 

“ barang siapa yang membaca surah Al-ikhlas sebelas kali, Allah membangunkan rumah untuknya di syurga.

( Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras )

 

 

  1. Antara khasiat surah Al-ikhlas adalah :

 

    1. Menghindarkan diri dan bala dari semua bala bencana

-   Bacalah surah Al-ikhlas sebanyak 1000 kali pada waktu antara sembahyang Maghrib dengan Isyak, Insya Allah semua bala bencana akan terhindar.

 

      2.  Terhindar dari fitnah dan siksa kubur.

-   Bacalah surah Al-ikhlas pada orang yang sedang sakit.

      Seandainya orang yang sakit itu mati pada hari itu, maka    

      InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.

 

    1. Mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat

-   Bacalah surah Al-ikhlas sebagai amalan seharian InsyaAllah   

       berkat surah Al-ikhlas ini kita akan dapat kebaikan di dunia dan   

      akhirat


Posted at 02:28 pm by mustakim
Comment (1)  

barang baru.nak order la

 

  JUZT REBOOT             CABEL TESTER




        

Posted at 10:45 am by mustakim
Comments (5)  


Next Page




MOHD MUSTAKIM KAMARUDDIN

<23 OGOS 19##>


No 6 Belakang Sek Men Bunut Susu,


17020 Pasir Mas, Kelantan.

CONTACT ME AT



  • 012-9395653
    012-9291037
    019-9041031



  • *MUSCLEMUSE*
  •    

    << September 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30

    LUANGKAN MASA ANDA

    Web Blog Adha


     
    Web Blog Yantie

     
    MUSEIEYZA


     


     


     

    Become Friends with 'MUSE'

    Just log in or sign up and request 'MUSE' as your friend.

  • Namaku 'MUSE'
  • Male, 24
  • Hometown: Quorlandtown
  • Meeting People for: Relationship Men, Friends, Activity Partners
  • Favorite Music: ~ THE CARDIGANS, THE DATSUNS, THE BEATLES, THE WHO, THE VERVE, THE RASMUS, THE BUTTERFINGERS, THE OFFSPRING, THE DARKNESS. SUEDE, FUEL, RAZORLIGHT, SONIC YOUTH, NEW FOUND GLORY, DISTURBED, FRAN FERDINAND, DEF LEPPARD,
  • Makan Minum ???: Apa2 je asalkan ada yg nak belanja.Halal only such as Nasi Goreng kedai Ma bawah Tangga,Medan. Nasi Goreng Padprik kat Warung Cari Lauk dan Tomyam kat PEPSI. Air teh O beng.

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed