Entry: kisah monyet ngan pak kura... Thursday, March 17, 2005



Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura.. Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura.. Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu.. Kura2 : Nanti aku fikir sekejap.. Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.) Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet?? Monyet : Betul!! Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab. Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni.. Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan?? Monyet : Ada berapa talian hayat? Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali. Monyet : Durian.. Kura2 : Salah.. Monyet : Rambutan Kura2 : Salah jugak Monyet : Buah tangan Kura2 : Pun salah Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya? Kura2 : Buah epal Monyet : Kenapa buah epal?? Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!! Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments