Entry: FADHILAT SURAT AL-IKHLAS Tuesday, March 08, 2005



Fadhilat surah al-ikhlas

 

  1. Mengenai siapa yang membaca surah Al-ikhlas ini, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

 

“ barang siapa yang membaca surah Al-ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-quran”

( Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai ).

 

“ barang siapa yang membaca surah Al-ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”.

( Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy )

 

“ barang siapa yang membaca surah Al-ikhlas sebelas kali, Allah membangunkan rumah untuknya di syurga.

( Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras )

 

 

  1. Antara khasiat surah Al-ikhlas adalah :

 

    1. Menghindarkan diri dan bala dari semua bala bencana

-   Bacalah surah Al-ikhlas sebanyak 1000 kali pada waktu antara sembahyang Maghrib dengan Isyak, Insya Allah semua bala bencana akan terhindar.

 

      2.  Terhindar dari fitnah dan siksa kubur.

-   Bacalah surah Al-ikhlas pada orang yang sedang sakit.

      Seandainya orang yang sakit itu mati pada hari itu, maka    

      InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.

 

    1. Mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat

-   Bacalah surah Al-ikhlas sebagai amalan seharian InsyaAllah   

       berkat surah Al-ikhlas ini kita akan dapat kebaikan di dunia dan   

      akhirat

   1 comments

NoName
March 9, 2005   11:01 PM PST
 
SIT integrasi kat dungun belum dapat dijalankan kerana terpaksa ambil 400 lagi pelajar tambahan sijil dan diploma pada julai nanti.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments